tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Friday, October 29, 2010

tinggalkan maka Allah akan gantikan dengan yang lebih baik



bismillah irrahman irrahim

Alhamdulillah

salawat & salam ke atas Rasulillah saw

sesungguhnya syahawat,
menguasai jiwa,
memerintah,
menundukkan hati

maka,
meninggalkannya berat,
merelakannya ringan

tetapi,
siapa yang taqwa kepada Allah,
sudah memadai Dia baginya

dan,
Sesiapa yang meninggalkan sesuatu keranaNya
Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik daripada itu


jika kamu tinggalkan,
meminta minta daripada manusia
mengharap kepada manusia
menuang maruah di hadapan mereka

Allah akan menggantikan dengan yg lebih baik
daripada apa yg kamu tinggalkan,
kepuasan
kebebasan jiwa
kemuliaan diri


jika kamu tinggalkan,
sikap menyalahkan taqdir
berpaling daripada qadr Allah

dan,
patuh berserah kepada Tuhanmu
dalam segala urusan hidupmu

Allah akan mengurniakan kepadamu,
arRedha
alYaqeen

segala apa yang berlaku
bagimu
tiada yang lebih baik dari itu



jika kamu tinggalkan
sihir dan tilik

Allah mengurniakanmu,
kesabaran
kejujuran

kebenaran tauhid



jika kamu meninggalkan,
ketamakan terhadap dunia

Allah menjadikanmu kaya hati,
memudahkan dunia bagimu,
dunia pula datang kepadamu,
bersama-sama idamanmu



jika kamu meninggalkan
ketakutan terhadap selain Allah

dan,
takutmu hanya terhadap Dia


Allah sejahterakan mu
daripada delusi,
ilusi palsu
dan menenteramkan mu

daripada segala perkara

sejahtera

tenteram

aman



jika kamu meninggalkan
dusta helah

dan,
melazimi kejujuran
menegakkan kebenaran
di sisiNya kamu benar
di sisi manusia kamu juga benar

maka Allah mengangkatmu
memuliakanmu

mendengarkanmu kepada manusia
menjadi kepercayaan umat


jika kamu meninggalkan,
syak wasangka

walau sebesar mana kemungkinanya

Allah menjaminmu kesucian hati

tiada kecelaruan fikiran
terpelihara peribadimu
ditutup keaibanmu
sejahtera daripada kecaman


jika kamu meninggalkan,
penipuan dalam jual beli

bertambah kepercayaan manusia terhadapmu
pintu-pintu
kebaikan dan keberkatan
terbuka luas buatmu


jika kamu meninggalkan
memandang pada yang haram

Allah ciptakan buatmu
firasat yang benar

kejelasan & sinar
pandangan
daripada mata hati



jika kamu meninggalkan,
kebakhilan

dan,
banyakkan memberi dan pemurah

manusia akan menyukaimu
Allah akan lebih dekat kepadamu

sejahtera daripada kerisauan
kesedihan
kesempitan

dinaikkan tingkat kesempurnaan
dan darjat kelebihan


jika kamu meninggalkan
sifat sombong dan bangga diri

dan,
melazimi tawadu' kerana Allah

Allah akan mengangkat mu sebanyak kamu merendahkan dirimu


jika kamu meninggalkan,
sahabat yang jahat

kegembiraan dunia semata

Allah akan gantikan buatmu
sahabat yang sejati
di sisi mereka kebaikan dan manfaat

bersamamu di dunia dan akhirat



jika kamu meninggalkan
sifat gelojoh


Allah akan selamatkan tubuhmu
daripada penyakit
tidur berlebihan
dan kerugian


jika kamu meninggalkan
marah


Allah memelihara jiwa mu
kemuliaan dan akhlaq mu
selamat daripada penyesalan
permusuhan, kerosakan
dan bagimu syurga


jika kamu meninggalkan
hasad


Allah memeliharamu daripada kerosakannya
memberimu ketenangan jiwa
syukur dengan nikmat yang ada
mendoakan kebaikan saudara



من ترك شيئا لله عوضه الله خيرا منه

Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah
Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik daripada itu