tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Friday, February 20, 2009

hujan

hari ini hujan.. subhanallah.

hari ni masak nasi ayam, hajat nk bagi pada ummu muhammad slps put pindah. terasa sgt rindu nak jumpa. malam exam neuro beliau utuskan malak, bawa mulukhiyyah panas. umm muhammad baru pulang dari mesir

zaman tak berjumpa. tahun lima ni asyik imtihan xsempat2 nak pergi ke rumah sebelah jami3 taal. beberapa kali beliau ajak ke rumah, tapi aku x datang2. sebelum eidiladha niat nak ziarah. mesej farah, sarah, kilah.. rakan serumah di RS dulu. tiap2 kali ummu muhammad datang ke rumah baru, pasti mengungkit rumah lama kami. kamu lebih manis bersama2 katanya..

pagi jumaat yang dirancang untuk pergi menjenguk, kilah telefon.. syeikh ibrahim meninggal rabu minggu yang sama. sebelum ni beliau memang selalu ulang alik ke mustasyfa basma.. sebulan akhir juniorku report melihatnya di malik abdullah, tenat..

perasaanku Allah sahaja yg tahu.. inilah antara 3eilat arab yang pertama kami kenal setiba di bumi urdun. sedih dan bersalah bercampur baur

di pagi eiduladha keluarga sheikh ibrahim kelihatan muram.. tidak ceria seperti biasa. ummu muhammad di mesir mengiringi Allah yarhamhu. mereka rakyat mesir, hijrah ke jordan bertahun2 dahulu. tugas sheikh ibrahim di masjid sebagai imam menjadi sumber kehidupan mereka di sini. mereka tiada iqamah, dilayan seperti orang asing seperti kami. penetapan mereka bergantung kepada iqamah Sheikh Ibrahim, seorang lelaki merangkap bapa dan suami. anak sulung mereka, Muhammad yang sudah berkeluarga dan bekerja turut memegang iqamah. cucu sulung diberi nama Ibrahim, moga menjadi mu7taram seperti datuknya.

petang ini aku menekan loceng rumah di tepi kanan masjid taal. sunyi sepi.. tiada jawapan, tiada ummu muhammad, yang sebelum ini akan muncul dan mempelawa masuk. aku tercenguk di situ beberapa ketika, memegang payung hitam memerhatikan hujan renyai2 membasahi lantai halaman. sangat sayu..

tak kira, nasi ayam ini mesti sampai ke tangan beliau. hendak tinggalkan sahaja di pintu tak sanggup, aku ke rumah sebelah kiri masjid pula. rumah almu7taram syeikh 3isa.

niat nak pesan sahaja, tapi adat orang arab yang terpuji, dipelawa masuk. hidup keluarga para syuyukh simple sahaja, tidak mewah. tetapi rasa tenang di situ. dihidang gahwah arabi, standard lazim jika menziarahi arab. tanpanya mamnu3 alkhuruj! alhamdulillah setakat ni semua hidangan arab aku telan. lidahku seakan lidah arab ku7 (arab tulen. hehe). family mereka ramah, segan2 beramah dengan abu & ummu a7mad, beserta banat mereka. mereka berkomunikasi arab fushah, sangat teratur. aku agak kekok berkomunikasi dengan bahasa alQuran tulen ini.

selepas solat jama3 maghrib-isya bersama di jami3 (kebiasaan di sini pabila hujan) aku meminta diri untuk pulang. walaupun dipelawa masuk ke rumah kali kedua. sudah gelap, lagipun semuanya rijaal sahaja di situ.

agak hampa kerana tujuan asal tidak tercapai. namun Allah takdirkan aku berjodoh dengan insan2 mulia lain. mereka kata umm muhammad selalu sahaja keluar. mungkin balik selepas maghrib atau isya. sebelum pulang aku jenguk lagi, gelap tiada lampu. bagaimana kehidupan mereka sekarang? dari mana sumber pendapatan mereka? keifkum, syu akhbaarkum, esytaqtilkum.. musytaaqah jiddan..

'entu banaati, ana ummukum, hinaak bilmaliziya fi umm, fi abb, fi eilaat, lakin huna ana wa entu 3eilah'

semoga Allah meredhoi beliau, keluarga beliau, dan keluarga ahlul masjid ini

6 Comments:

Blogger yellowrose said...

kak jui,suke entry nih...

3:00 AM  
Blogger al-huda said...

saye pun suke=)
rindu kak jui~

9:07 PM  
Anonymous kilah said...

jui..

12:18 PM  
Blogger biscuck said...

kakjui mmg baekk..huuu.. :D..

11:39 AM  
Blogger razyana said...

salam ziarah!
boleh akak link?

7:16 PM  
Blogger razyana said...

dah link rupenyer :)

7:18 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home