tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Monday, April 12, 2010

jasa anak?



mustashfa amir rashid, qism a6fal
(amir rashid hospital, department of pediatrics)

beza daripada pesakit2 lain. atas katil tu, budaknya 'besar', bukan macam kanak-kanak lain dalam wad. tak menangis, tak bersuara, tak bergerak. ibu dia peluk macam bantal peluk.

'ehh... CP (cerebral palsy). kaki dia kejang' kata shuk

doktor tanya beberapa soalan pada ibu. kitorang semua tenung fail yang terbentang

'case of leukodystrophy... patient was doing well until he stopped walking at the age of 1 yr 5 mo'

sekarang umurnya 9 tahun. admitted sebab chest infection.

doktor pindah ke patient lain. termanggu sekejap, spontan aku tertanya si ibu,

'be7ki?' (die boleh cakap?)

'la', 7atta 3uyunuh ma bishufu' (tak, mata dia pun x boleh lihat)

'besma3 huwa?' (die boleh dengar x?)

'aa, besma3' (boleh, die dengar)

kami belek2 fail, kemudian CR kami bagi 'lecture' ringkas pasal leukodystrophy disorder secara curi2 (ya3ni, sambil doktor cek patient lain sambil kita wat 'program ilmiah')

progressive loss...
body tone, movements, gait
speech, ability to eat
vision
hearing
behavior...
often a slowdown in mental and physical development

sepanjang tempoh ni, si ibu menyaksikan anak yang semakin hari semakin tidak bermaya. sudah bagaikan patung, tidak mampu berbuat apa2.

ketika itu kasih ibu memang menakjubkan aku. sepanjang masa tidak melepaskan anaknya, seolah2 tubuh mereka bercantum

pusat perubatan universiti malaya, PPUM
general medicine ward, 10U


grand round with prof, HO, MO...

katil pesakit wanita, previous recurrent strokes, admitted sebab penjaga dia perasan decrease response & hypoglycemic (also diabetic patient)

'M, M... bangun...' seorang MO cuba kejut sambil menekan2 atas sternum
(eye opening to pain)

tak bangun. mata sikit pun x buka. tidur macam bayi

'kenapa masih simpan dia dalam wad?'
(glucose has been corrected)

'what do her childen expect from us? return her back to as before? if they want to do something they should have done that (taking care of their mom) long ago.

diorang kene faham mak diorang tak boleh kembali macam dahulu'
(i repeat, she had multiple strokes)

'ramai hantar parents ke hospital supaya ada orang jagakan. this is not the place'
(means: if nothing left to be treated, no hospital stay)

'siapa tahan jaga mak macam ni 24/7? kalau saya pun x larat...'
(please notice: old patient sleeping all the time, no/minimal response, limb contractures... previous penjaga quit sebab tak tahan jaga)

'call her daughter and ask dr C to talk with her'
(counselling)

PPUM, lecture hall
geriatric lecture: dementia
(geriatrics: kes orang2 tua)

prof, 'any of you remember that your parents were the ones who cleaned your underbellies?'

'who here didnt have a mother who wipe it for him?

'can you do that for them??"

silence...


PPUM, 10 U

dr C,
'old people are similar to babies, except that babies grow to become better while they are the opposite '


dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan bersusah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Masa mengandung sampai menyapihnya selama tiga puluh bulan, sehingga apabila dia (anak itu) dewasa dan umurnya mencapai empat puluh tahun, dia berdoa,

'Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua-dua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai, dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai ke anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau, dan sungguh, aku termasuk dari kalangan muslimin'

al-A7qaf; 15
















Thursday, April 01, 2010

ayat-ayat cinta

buat hati yang sunyi...
atau yang sentiasa merasakan tidak sempurna

ataupun yang menganggap sudah cukup segalanya...


mahukah ditawarkan teman,

ketika rindu, mengingati...

ketika sedih, mendampingi...

ketika kecewa, memahami...

ketika kesah, membelai,

ketika merintih, mendengar,

ketika menitis air matamu, menghitungnya...


sudahkan anda mempunyai kekasih,


rupawan atas segala rupa,

bijaksana atas segala fikiran,

mahir atas segala kemahiran,


memandang dirimu,

menilai dirimu,

menghargai dirimu,

melebihi kamu sendiri?


adakah mungkin anda jumpa,


si sempurna...

yang anggap dirimu istimewa


bahkan...

kelemahanmu dicukupi,

kesalahanmu diampuni,

keaibanmu ditutupi,

kehinaanmu disuci!


Wahai anak Adam,
sungguh jika engkau berdoa padaKu,
dan berharap padaKu,
Aku ampunkan bagimu segala apa daripada dirimu,
dan Aku sedikitpun tidak kisah...


Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai setinggi langit,
kemudian engkau memohon ampun daripadaKu,
pasti akan Aku ampuni engkau


Wahai anak Adam,
sungguh jika kau datang padaKu dengan kesilapan seluas bumi,
kemudian kau bertemu denganKu tanpa mensyirikkan Aku dengan suatu apapun, akan Ku datangimu dengan keampunan seluas itu!


tidak timbulkah rasa rindu,

pada ayat-ayat cinta Tuhanmu,

khusus untuk kamu,

supaya engkau tahu...


Aku sepertimana yang hambaKu sangkakan,
dan Aku bersama-samanya ketika dia mengingatiKu,


maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya,

Aku kan mengingati dia dalam diriKu...
dan jika dia mengingatiku dalam kumpulan yang ramai,

Aku kan mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka


dan jika dia mendekatiKu sejengkal akan Ku dekatinya sehasta,

dan jika dia mendekatiKu sehasta akan Ku dekatinya sedepa,
dan jika dia datang kepadaKu berjalan akan Ku datanginya berlari-lari anak


Bercinta dengan Allah,

tidak mungkin bertepuk sebelah tangan,
tidak pernah tidak berbalas,

tidak sekali akan kecewa


Tapi sayangnya dirimu,


Mengharap pada yang lemah,

Mengimpikan yang goyah,

Mencari mereka yang samar,


Cukuplah mencari,

jawapannya di sini,


dan Kami lebih dekat dengannya daripada urat lehernya