tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Friday, May 29, 2009

istimewa

pernahkah kau dengar akan 3mru bin Thabit
pernah diseru memeluk Islam tetapi berpaling
ketika ditemui di celahan mayat shuhada Uhud
sudah hampir tamat nafasnya,
'Apa yang membawa kau kemari?'

'malah kecintaanku kepada Islam
aku telah beriman kepada Allah dan RasulNya
kemudian aku berperang bersama Rasulullah
hingga terjadi kepadaku apa yang kalian lihat'
lalu menghembuskan nafas terakhir

cerita sampai kepada Rasulullah
'dia di kalangan Ahlil Jannah'

beliau tidak sempat solat
ketika hidupnya
walau satu rakaat

aku bermusafir di jalan ini
langkah perlahan
jalan ini lurus
bagaimana ramai yang berhenti
lalu memilih jalan yang bengkok

kerana jalan ini sukar
kaki melangkah pasti tersadung
kerana jalan itu indah
penuh hiasan dan khayalan

walau tidak sepayah jalan mereka
aku tidak dapat memecut laju
walau tidak seperit jalan mereka
aku sudah bagai nak rapuh

jika dihitung air mata
mengalir sungai di kiri dan kanan
jika ditimbang beban tak seberapa
tapak kakiku tidak meninggalkan kesan

dari luar fizikalku muda
dalam diriku bagai insan tua
dari pandanganmu aku berwarna
dari pandanganNya aku ini lutsinar...
warna-warna menembusiku
segalanya kelihatan
kecuali aku
-
sebutir habuk pikulan mereka
hinggap di badanku lalu bongkok
sebutir kerikil dipijak mereka
tersekat di kakiku lalu tempang
-
bukan kerana tenaga
bukan kerana harta
bukan kerana masa
bukan kerana nyawa
mereka istimewa
-
mereka istimewa
kerana perasaan
-
korbankan segalanya aku rela
korbankan perasaanku...
-
tiada lagi rasa dalam diri ini
segalanya hanya untukMu Ilahi
andai mati segala keinginanku
biarkan hidup dalam genggamanMu
-
Pernahkan kau dengar akan pahlawan Quzman
hebat bertarung membunuh musyrikin
terluka parah lalu diusung muslimin
-
malangnya hanya mempertahankan bangsa
tidak tahan menanggung luka
akhirnya dia membunuh dirinya
-
maka sabda baginda
'dia di kalangan ahli neraka'

Friday, February 20, 2009

hujan

hari ini hujan.. subhanallah.

hari ni masak nasi ayam, hajat nk bagi pada ummu muhammad slps put pindah. terasa sgt rindu nak jumpa. malam exam neuro beliau utuskan malak, bawa mulukhiyyah panas. umm muhammad baru pulang dari mesir

zaman tak berjumpa. tahun lima ni asyik imtihan xsempat2 nak pergi ke rumah sebelah jami3 taal. beberapa kali beliau ajak ke rumah, tapi aku x datang2. sebelum eidiladha niat nak ziarah. mesej farah, sarah, kilah.. rakan serumah di RS dulu. tiap2 kali ummu muhammad datang ke rumah baru, pasti mengungkit rumah lama kami. kamu lebih manis bersama2 katanya..

pagi jumaat yang dirancang untuk pergi menjenguk, kilah telefon.. syeikh ibrahim meninggal rabu minggu yang sama. sebelum ni beliau memang selalu ulang alik ke mustasyfa basma.. sebulan akhir juniorku report melihatnya di malik abdullah, tenat..

perasaanku Allah sahaja yg tahu.. inilah antara 3eilat arab yang pertama kami kenal setiba di bumi urdun. sedih dan bersalah bercampur baur

di pagi eiduladha keluarga sheikh ibrahim kelihatan muram.. tidak ceria seperti biasa. ummu muhammad di mesir mengiringi Allah yarhamhu. mereka rakyat mesir, hijrah ke jordan bertahun2 dahulu. tugas sheikh ibrahim di masjid sebagai imam menjadi sumber kehidupan mereka di sini. mereka tiada iqamah, dilayan seperti orang asing seperti kami. penetapan mereka bergantung kepada iqamah Sheikh Ibrahim, seorang lelaki merangkap bapa dan suami. anak sulung mereka, Muhammad yang sudah berkeluarga dan bekerja turut memegang iqamah. cucu sulung diberi nama Ibrahim, moga menjadi mu7taram seperti datuknya.

petang ini aku menekan loceng rumah di tepi kanan masjid taal. sunyi sepi.. tiada jawapan, tiada ummu muhammad, yang sebelum ini akan muncul dan mempelawa masuk. aku tercenguk di situ beberapa ketika, memegang payung hitam memerhatikan hujan renyai2 membasahi lantai halaman. sangat sayu..

tak kira, nasi ayam ini mesti sampai ke tangan beliau. hendak tinggalkan sahaja di pintu tak sanggup, aku ke rumah sebelah kiri masjid pula. rumah almu7taram syeikh 3isa.

niat nak pesan sahaja, tapi adat orang arab yang terpuji, dipelawa masuk. hidup keluarga para syuyukh simple sahaja, tidak mewah. tetapi rasa tenang di situ. dihidang gahwah arabi, standard lazim jika menziarahi arab. tanpanya mamnu3 alkhuruj! alhamdulillah setakat ni semua hidangan arab aku telan. lidahku seakan lidah arab ku7 (arab tulen. hehe). family mereka ramah, segan2 beramah dengan abu & ummu a7mad, beserta banat mereka. mereka berkomunikasi arab fushah, sangat teratur. aku agak kekok berkomunikasi dengan bahasa alQuran tulen ini.

selepas solat jama3 maghrib-isya bersama di jami3 (kebiasaan di sini pabila hujan) aku meminta diri untuk pulang. walaupun dipelawa masuk ke rumah kali kedua. sudah gelap, lagipun semuanya rijaal sahaja di situ.

agak hampa kerana tujuan asal tidak tercapai. namun Allah takdirkan aku berjodoh dengan insan2 mulia lain. mereka kata umm muhammad selalu sahaja keluar. mungkin balik selepas maghrib atau isya. sebelum pulang aku jenguk lagi, gelap tiada lampu. bagaimana kehidupan mereka sekarang? dari mana sumber pendapatan mereka? keifkum, syu akhbaarkum, esytaqtilkum.. musytaaqah jiddan..

'entu banaati, ana ummukum, hinaak bilmaliziya fi umm, fi abb, fi eilaat, lakin huna ana wa entu 3eilah'

semoga Allah meredhoi beliau, keluarga beliau, dan keluarga ahlul masjid ini

Saturday, April 19, 2008

redha Allah


salam. um dah lame x bukak blog, apetah lagi update. entry sblm ni pun x ingat letak ape. just rase tbe2 nk update. rindu lah. hee

selalu bila kita wat keje, ade target. mcam2 lah. studi, utk markah best. g klas tafaqquh, utk tmbah ilmu. dgr tazkirah, utk iman increase. ajar org, spya ilmu yg dsampaikn dpt bg manfaat pd kta & org len. tegur org, spya org jd baik. buat da3wah, utk bentuk negara islam, bangkitkn smula khalifah. dan macam2 lah lagi ek..

tp hakikatnya apa yg kita target kebanyakannya hasil yg dperoleh smasa hidup. di dunia.

sedar atau tidak?

Rasulullah ketika menawarkn kpd sahabat, siapa yg sanggup berdakwah bersama baginda..
ade yg ckp wahai Muhammad, mcmana aku mahu brsama engkau sdangkn kau pun dhalau keluar oleh kaummu? nanti jka kmenangan sudah brpihak pd engkau, aku akan ikut bsamamu..
ada pula sahabat brtanya, apa yg kami dapat jika bersama engkau?

jawab baginda
aku menjanjikanmu syurga

lalu sahabat tanpa teragak2
meninggalkan segalanya
pergi berhijrah
berperang..

ketika itu Rasulullah tiada apa2
Rasulullah x mnjanjikn pangkat
mahupun harta
atau tanah..
hatta kemenangan sekalipun!

tetapi sahabat yg hati mereka padu dgn iman
terpengaruh dgn satu janji
bukannya di sini
ttp di akhirat nanti

Allah tidak menjanjikn kmenangan shingga berlakunya hijrah
kemenangan di dunia bukan cita2 para asSabiquun
tetapi hanya satu
iaitu MARDHATILLAH


"dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan Allah. dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya" 2:207


"sesungguhnya Allah membeli daripada orang2 mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kpda mereka. mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh...." 9:111


kenapa dtekankan mardhatillah.. krana syurga Allah bukan dicapai dgn amal. walaupun kemenangan dicapai dgn titik peluh kita.. sayyid Qutb menyatakan, ikhlas yg sebenar dlm berdakwah sehingga seseorang itu tidak mengharapkn kemenangan Islam d dunia.


jika kita tumpas sblum melihat Islam dijulang, jika kita mati di tangan toghut.. kita mati dlm kemenangan, jika Allah redha terhadap kita

wallahua3lam


Thursday, March 20, 2008

Rasul kami

salam. dah lame x update. nak tuka design blog tp xreti hehe. rsenye kene latih diri urus masa dgn lebih baik..

so this entry is simple as usual.

sempena mengingati Rasulullah s.a.w...

kita lahirkn dlm jiwa rasa kasih syang yg teramat-amat dalam trhadap Rasulullah

"ssgguhnya utk setiap Nabi doa yg mustajab, dgunakan para Anbiya semasa di dunia, kecuali aku, aku simpan doaku sbg syafaat untuk umatku di hari Qiamah" muslim,tirmizi

tiada bala yg diminta Rasulullah spanjg hayat Baginda kpd umat yg menolak seruannya..

sehingga akhirnya tiba detik kemenangan

wafatnya Baginda...

meninggalkan kita wasiat...

itulah wasiat Syahadah

Syahadah al-Haq

"Akan sentiasa ada segolongan drpd umat ini yg melaksanakan arahan Allah. Org yg tdak brsama mereka tidak dapat mendatangkn kemudaratan kpd mereka shinggalah Allah mndatangkn kputusanNya sdangkn mereka brada dlm keadaan demikian" bukhari, muslim, tirmizi

sentiasa akan ada...
terpulang pd kita...

ingin menjadi sbhagian drpd mereka..

yg mengikut jejak Rasulullah...

melaksanakan arahan syahadah

Wednesday, January 16, 2008

bangun pagi


bila kita bangun pagi-pagi, doa yg kita baca ialah


الحمد لله الذي احيانا بعد ما اماتنا واليه النشور


...النشور

maknanye bukan sekadar kita manusia sahaje yg kembali kepada Allah...

tetapi semua amalan dan perbuatan seharian kite kembali kepada Allah...

semua semua semua kumpul dan kembali...


jadi mulakan hari dengan doa yang Rasulullah saw ajarkan

semoga hari2 dalam hidup kita kembali sebagai hari2 yang tidak sia2..

di akhirat nanti..

Allah terima..


اللهم لا تجعلنا من من يفتح لهم باب الطاعة

ولا يفتح لهم باب القبول



amalan ketaatan tidak menjamin kita..

tetapi penerimaan drpd Tuhan..

dengan syarat..

keikhlasan..



ikhlaskan hari2 kita... tazkirah utk diri sendiri... di musim sejuk yg extra sejuk iniiii

Monday, December 17, 2007

practical medicine

salam.. dah lama x update blog. rase nk delete dah byk kali. kadang2 orang tanye. bile nak update? dah letak link. owh xde masa.. fikir balik.. typical excuse of lazy people. maaf ek pada yg letak link. agaknye dah kabur dgn habuk. dah x dbuka lagi..

entry kali ni dari aku. yg sudah lama x mengukir kata. kecuali di sebalik nama.

insyaAllah esok aku akan pulang. balik jumpa family. semalam punye semalam aku exam. slide & osce internal madicine. satu rotation sudah pun tamat. dulu aku fikir, kalau aku xbeli tiket bulan 12 ni.. sudah tentu aku akan meletup. selamat tinggal doktor2 batini.. yg aku sgt respect dan kagumi.. rase hati sedih. terkilan ada, terharu ada.

mula2 masuk klinikal terasa mcm masuk ke alam baru. Allah saja yg tahu. konflik diri meletup letup agaknye. nasib baik dapat dikawal tak meletup. bukan seperti dahulu. masuk kelas biul2 pun x ape. masuk exam otak kosong pun x rase nervous sangat. bila nametag sangkut di leher, stethoscope tergantung di bahu, whitecoat mencover baju.. owh tidak seunggul itu. tidak sesmart itu. makin hari rasa tidak berguna. makin lama rasa semakin dungu. badan fizikal tidak tahan, mental seolah2 congested dgn air tawar. seperti aku kata tadi, alam baru. suasana dan persekitaran tidak sama. suap disuap jangan diharap. apatah lagi ditatah-tatah. language barrier komander musuh. serang bertubi2. mcm kene tikam banyak kali dalam medan perang. satu tahap aku rase mcm dah jadi mayat agaknye. maybe aku mcm poyo. tp ini realiti hidup kami. bukan aku seorang. tension heat was above us all. kawan2 ku semalizi. lahjah tidak homogenous. sedangkn arabi mengakui agak sukar. patient kami manusia. makhluk berperasaan berakal beremosi. bukan kalimat2 teratur berbaris dlm buku teks.

tidak ada seorang doktor menjadi doktor begitu mudah. hidup di hospital awalnya mcm masuk survival race. compete to live. aii mcm la desperate sangat. sedangkan aku yg selambe badak ni pun terasa. masing2 dibahagi ke kumpulan kecil. sebahagian yg tak pernah pun aku lihat. orang asing, 4 negara berbeza. pergi ke mana bersama. duduk bincang bersama. bentang case hadap mereka. tebal muka depan mereka. bagi jawapan bodoh mereka dengar. cakap tunggang tebalik buat-buat faham. physical exam kelepak kelepuk. kene marah semua tunduk. buat lawak semua senyum. tak dapat jawab mereka tolong. tak tahu mereka bagitahu. sesat cari doktor mereka panggil. tak reti mereka ajar. bagi alasan mereka faham. manusia tidak mampu maintain apa yg bukan mereka. warna sebenar tertimbul jua. persaingan individu tak memberi apa2. hidup as a team lebih bermakna. masing2 saling mencover. baru dapat faedah same2.

bila pegang title doktor, kite pegang people's trust. patients tak sembunyikan hal peribadi daripada kita. x teragak2 nak bagi kita periksa tubuh mereka. tanya apa sahaja, mereka cerita. minta cakap boleh saya examine, tafaddoli ya dukturah. mungkin tidak semua cooperative, tapi 3asyaan tastafeed minni, ahlan wa sahlan. kami bukan doktor pun lagi. but we are in their beliefs. doktor bukan semata2 nak sembuhkn penyakit. tapi priority kami is the patient's well being. manusia sebagai insan. maruah bagaikan nyawa. bukan semudah itu untuk didedahkan kepada sesiapa. tetapi mereka dedahkan kepada kami. ada yang merasa diri mereka tidak berguna lagi. bahkan berkata hayaati marhuum. tidak sukar untuk melihat patient menangis. tidak sukar juga membuat patient tersenyum. jangan lalai dengan reaksi diri. muka terlalu kasihan. atau terlalu toya. atau terkejut. atau takde perasaan langsung. atau seronok sangat. syok sendiri maybe. berkomunikasi dengan lembut, tenang, lancar, confident. sensitif pada perasaan, bukan hanya pada data & findings. tegur dengan senyuman sesiapa yg muram boleh jadi gembira. majority pesakit di sini muslim, atau paling tidak percaya pada Tuhan. itu fitrah manusia. doakan mereka, berikan harapan. tidak sukar untuk berlakon. tetapi sukar untuk turut sama menanggung. hargai setiap mereka, mereka akan hargai kita. hilang mood kene basuh dengan doktor, jumpa patient dapat kembali tenaga. sebagai student kami x mampu bantu apa2. tetapi setiap kali jmpa mereka mendoakan kami.. Allahumma najjihkum.

doktor2 batini.. masyAllah. hebatnya mereka berfikir. aku mmg x habis2 kagum. gile pandai. ni bukan hyperbola. lagipun aku sanfurah. semua x tahu. huhuhu. peribadi mereka sempoi. lembut dengan patient. jaga hati patient. low profile. tenang2 aje. x emo. takde yg masam asam. aku x pernah senervous exam clinical. rase jantung berdegup mcm pakai pacemaker. exam slides dr. Rashdan marah siapa yg jawab DIC dgn normal PT & PTT. akulah tu. kecut perut. utk data LFT boleh pulak aku tulis hemolytic anemia dgn low bilirubin. time physical exam hampir2 terjah patient sbelum perkenalkan diri. dah percuss separuh right chest baru sedar kene buat bilaterally. wah nasib baik tersedar cepat2 tukar. dr ammar bagi aku 2 kali peluang tukar jawapan utk 2 DD bilateral basal lung crepitations (do u have any other answer? aww) history taking memang blurr. semua jawapan la', la'. patient siap pakai whitecoat. satu kes urine warna merah sbb drug. satu lagi SLE dgn spcfc symptom cume malar rash yg die xnak bagitahu kecuali kita sebut specific. wah rasenye mcm nak ulang balik semua. tp tak mahu exam. alhamdulillah dapat jawab semua soalan doktor. dlm exam x nervous sgt, awal2 aje. tp memang blurr. riwayat 1st exam practical.. kenangan manis. selamat tinggal doktor2 yg aku kagumi. rasa mcm nak sambung lagi batini.. xpuas lagi..

doktor jirahah sporting. kate org macho2 aje badan besar pun. jarrah, confident, lantang, aggresif. contast sket dgn batini. tak sabar nak masuk surgery tapi takut. senior cakap jirahah ahla. tapi aku x minat sangat belah orang. kebanyakan kes acute. batini chronic. tu sebab patient-doctor relationship lagi mantap di tingkat 10. doktor2 tahu personal profile of every patient. thats what i prefer. for now.

aku bersyukur Allah bagi aku jalan ini. doctor adalah pekerjaan 2nd yg aku reject slepas lawyer.
subhanAllah, aku buat pilihan pas solat istikharah. walaupun dalam hati nekad 'tak mau tick medic'. bangun tidur tick 'perubatan' terus gam sampul. kini aku dah tahun 4 pun. rasa seronok, tapi mmg stressful. tiap2 hari rasa x selamat. muka tebal hari2 bile kene tanye. doktor puji sikit kembang 1 meter pulak. yang penting Allah tu alHakeem, a3lam 3ala anfusikum. apa2 yg Allah tetapkan adalah amanah. yakin dgn janji Allah. title di dunia mungkin doktor, title sebenar masih hamba. tugas di mana2 juga sama, daie di atas bumi. ada yg komen, tiap2 tahun bila dapat junior baru tekankan masalah yg sama. lagi2 itu, lagi2 itu. silibus pun ulang. sampai bila2 pun itu aje. bila nak habis. mana silap kita. mungkin kita lupa. al-Islam bisyumulihi, wa laysa wahid bihududih. kita sibuk tekankan satu masalah, kita lupa tekankan islam secara syumul. tegur 2 org bercouple makan sama2, mereka hanya akan x bercouple bila di depan kita. utamakan fikrah islam, tanamkan kesedaran dari dasar aqidah. kemungkaran akan ditinggalkan dgn lebih rela. sahabat setia patuh dgn hukum Allah hanya bila setelah akidah mereka Rasulullah likatkan. tidakkah lebih cantik, tanamkan fikrah Islam dahulu, tiap kali ahli baru datang. suburkan dgn fikrah Islam, yg lain akan menyusul dengan mudahnya.

Tuesday, August 07, 2007

hisab 21
















dari 'Aisyah r.a. katanye, Rasulullah s.a.w. telah brsabda:

'barangsiapa dihisab dengan halus akan diazab'

kata 'Aisyah: aku brtanya:

tidakkah Allah telah brfirman;

فسوف يحاسب حسابا يسيرا

jawab baginda Rasulullah:

'itu bukannya hisab, itu hanya pembentangan amalan sahaja,

barangsiapa yg dihisab dengan halus pada hari Qiamat akan diazab'

(al-bukhari, muslim, at-tirmizi, an-nasai)

dari 'Aisyah juga, katanya:

Aku dengar Rasulullah s.a.w. berdoa dlm stengah2 solatnya;

اللهم حاسبني حسابا يسيرا

apabila baginda selesai aku pun brtanye;

ya Rasulullah, apakah hisab yg mudah & ringan itu?

jawab baginda;

'dilihat shja buku amalannya,

kemudian dimaafkannya

wahai 'Aisyah!

barangsiapa yg akan dihisab dgn halus pada hari itu akan dibinasa'

(imam ahmad)

mereka yg akn dhisab dgn mudah & ringan

mereka itu yg menerima buku amalan dr tangan kanan

dan kembali kpd keluarganya d dlm syurga dgn riang gembira


jika bukan krn Rahmat Allah, seorg hamba tdak skali2 mampu menjejak ke dlm syurgaNya

p/s: peringatan wat aku yg nk masuk 21

who knows


Who can say
where the road goes
where the day flows

And who can say
if your love grows
as your heart chose

Who can say
why your heart sighs
as your love flies

And who can say
why your heart cries
when your love lies

Who can say
when the roads meet
that love might
be in your heart.

And who can say
when the day sleeps
if the night keeps
all your heart.

Who can say
if your love grows
as your heart chose

And who can say
where the road goes
where the day flows

Who knows?