tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Friday, May 29, 2009

istimewa

pernahkah kau dengar akan 3mru bin Thabit
pernah diseru memeluk Islam tetapi berpaling
ketika ditemui di celahan mayat shuhada Uhud
sudah hampir tamat nafasnya,
'Apa yang membawa kau kemari?'

'malah kecintaanku kepada Islam
aku telah beriman kepada Allah dan RasulNya
kemudian aku berperang bersama Rasulullah
hingga terjadi kepadaku apa yang kalian lihat'
lalu menghembuskan nafas terakhir

cerita sampai kepada Rasulullah
'dia di kalangan Ahlil Jannah'

beliau tidak sempat solat
ketika hidupnya
walau satu rakaat

aku bermusafir di jalan ini
langkah perlahan
jalan ini lurus
bagaimana ramai yang berhenti
lalu memilih jalan yang bengkok

kerana jalan ini sukar
kaki melangkah pasti tersadung
kerana jalan itu indah
penuh hiasan dan khayalan

walau tidak sepayah jalan mereka
aku tidak dapat memecut laju
walau tidak seperit jalan mereka
aku sudah bagai nak rapuh

jika dihitung air mata
mengalir sungai di kiri dan kanan
jika ditimbang beban tak seberapa
tapak kakiku tidak meninggalkan kesan

dari luar fizikalku muda
dalam diriku bagai insan tua
dari pandanganmu aku berwarna
dari pandanganNya aku ini lutsinar...
warna-warna menembusiku
segalanya kelihatan
kecuali aku
-
sebutir habuk pikulan mereka
hinggap di badanku lalu bongkok
sebutir kerikil dipijak mereka
tersekat di kakiku lalu tempang
-
bukan kerana tenaga
bukan kerana harta
bukan kerana masa
bukan kerana nyawa
mereka istimewa
-
mereka istimewa
kerana perasaan
-
korbankan segalanya aku rela
korbankan perasaanku...
-
tiada lagi rasa dalam diri ini
segalanya hanya untukMu Ilahi
andai mati segala keinginanku
biarkan hidup dalam genggamanMu
-
Pernahkan kau dengar akan pahlawan Quzman
hebat bertarung membunuh musyrikin
terluka parah lalu diusung muslimin
-
malangnya hanya mempertahankan bangsa
tidak tahan menanggung luka
akhirnya dia membunuh dirinya
-
maka sabda baginda
'dia di kalangan ahli neraka'