tHE TrANsieNCE

the transience of existence, a precious gift~

Monday, December 17, 2007

practical medicine

salam.. dah lama x update blog. rase nk delete dah byk kali. kadang2 orang tanye. bile nak update? dah letak link. owh xde masa.. fikir balik.. typical excuse of lazy people. maaf ek pada yg letak link. agaknye dah kabur dgn habuk. dah x dbuka lagi..

entry kali ni dari aku. yg sudah lama x mengukir kata. kecuali di sebalik nama.

insyaAllah esok aku akan pulang. balik jumpa family. semalam punye semalam aku exam. slide & osce internal madicine. satu rotation sudah pun tamat. dulu aku fikir, kalau aku xbeli tiket bulan 12 ni.. sudah tentu aku akan meletup. selamat tinggal doktor2 batini.. yg aku sgt respect dan kagumi.. rase hati sedih. terkilan ada, terharu ada.

mula2 masuk klinikal terasa mcm masuk ke alam baru. Allah saja yg tahu. konflik diri meletup letup agaknye. nasib baik dapat dikawal tak meletup. bukan seperti dahulu. masuk kelas biul2 pun x ape. masuk exam otak kosong pun x rase nervous sangat. bila nametag sangkut di leher, stethoscope tergantung di bahu, whitecoat mencover baju.. owh tidak seunggul itu. tidak sesmart itu. makin hari rasa tidak berguna. makin lama rasa semakin dungu. badan fizikal tidak tahan, mental seolah2 congested dgn air tawar. seperti aku kata tadi, alam baru. suasana dan persekitaran tidak sama. suap disuap jangan diharap. apatah lagi ditatah-tatah. language barrier komander musuh. serang bertubi2. mcm kene tikam banyak kali dalam medan perang. satu tahap aku rase mcm dah jadi mayat agaknye. maybe aku mcm poyo. tp ini realiti hidup kami. bukan aku seorang. tension heat was above us all. kawan2 ku semalizi. lahjah tidak homogenous. sedangkn arabi mengakui agak sukar. patient kami manusia. makhluk berperasaan berakal beremosi. bukan kalimat2 teratur berbaris dlm buku teks.

tidak ada seorang doktor menjadi doktor begitu mudah. hidup di hospital awalnya mcm masuk survival race. compete to live. aii mcm la desperate sangat. sedangkan aku yg selambe badak ni pun terasa. masing2 dibahagi ke kumpulan kecil. sebahagian yg tak pernah pun aku lihat. orang asing, 4 negara berbeza. pergi ke mana bersama. duduk bincang bersama. bentang case hadap mereka. tebal muka depan mereka. bagi jawapan bodoh mereka dengar. cakap tunggang tebalik buat-buat faham. physical exam kelepak kelepuk. kene marah semua tunduk. buat lawak semua senyum. tak dapat jawab mereka tolong. tak tahu mereka bagitahu. sesat cari doktor mereka panggil. tak reti mereka ajar. bagi alasan mereka faham. manusia tidak mampu maintain apa yg bukan mereka. warna sebenar tertimbul jua. persaingan individu tak memberi apa2. hidup as a team lebih bermakna. masing2 saling mencover. baru dapat faedah same2.

bila pegang title doktor, kite pegang people's trust. patients tak sembunyikan hal peribadi daripada kita. x teragak2 nak bagi kita periksa tubuh mereka. tanya apa sahaja, mereka cerita. minta cakap boleh saya examine, tafaddoli ya dukturah. mungkin tidak semua cooperative, tapi 3asyaan tastafeed minni, ahlan wa sahlan. kami bukan doktor pun lagi. but we are in their beliefs. doktor bukan semata2 nak sembuhkn penyakit. tapi priority kami is the patient's well being. manusia sebagai insan. maruah bagaikan nyawa. bukan semudah itu untuk didedahkan kepada sesiapa. tetapi mereka dedahkan kepada kami. ada yang merasa diri mereka tidak berguna lagi. bahkan berkata hayaati marhuum. tidak sukar untuk melihat patient menangis. tidak sukar juga membuat patient tersenyum. jangan lalai dengan reaksi diri. muka terlalu kasihan. atau terlalu toya. atau terkejut. atau takde perasaan langsung. atau seronok sangat. syok sendiri maybe. berkomunikasi dengan lembut, tenang, lancar, confident. sensitif pada perasaan, bukan hanya pada data & findings. tegur dengan senyuman sesiapa yg muram boleh jadi gembira. majority pesakit di sini muslim, atau paling tidak percaya pada Tuhan. itu fitrah manusia. doakan mereka, berikan harapan. tidak sukar untuk berlakon. tetapi sukar untuk turut sama menanggung. hargai setiap mereka, mereka akan hargai kita. hilang mood kene basuh dengan doktor, jumpa patient dapat kembali tenaga. sebagai student kami x mampu bantu apa2. tetapi setiap kali jmpa mereka mendoakan kami.. Allahumma najjihkum.

doktor2 batini.. masyAllah. hebatnya mereka berfikir. aku mmg x habis2 kagum. gile pandai. ni bukan hyperbola. lagipun aku sanfurah. semua x tahu. huhuhu. peribadi mereka sempoi. lembut dengan patient. jaga hati patient. low profile. tenang2 aje. x emo. takde yg masam asam. aku x pernah senervous exam clinical. rase jantung berdegup mcm pakai pacemaker. exam slides dr. Rashdan marah siapa yg jawab DIC dgn normal PT & PTT. akulah tu. kecut perut. utk data LFT boleh pulak aku tulis hemolytic anemia dgn low bilirubin. time physical exam hampir2 terjah patient sbelum perkenalkan diri. dah percuss separuh right chest baru sedar kene buat bilaterally. wah nasib baik tersedar cepat2 tukar. dr ammar bagi aku 2 kali peluang tukar jawapan utk 2 DD bilateral basal lung crepitations (do u have any other answer? aww) history taking memang blurr. semua jawapan la', la'. patient siap pakai whitecoat. satu kes urine warna merah sbb drug. satu lagi SLE dgn spcfc symptom cume malar rash yg die xnak bagitahu kecuali kita sebut specific. wah rasenye mcm nak ulang balik semua. tp tak mahu exam. alhamdulillah dapat jawab semua soalan doktor. dlm exam x nervous sgt, awal2 aje. tp memang blurr. riwayat 1st exam practical.. kenangan manis. selamat tinggal doktor2 yg aku kagumi. rasa mcm nak sambung lagi batini.. xpuas lagi..

doktor jirahah sporting. kate org macho2 aje badan besar pun. jarrah, confident, lantang, aggresif. contast sket dgn batini. tak sabar nak masuk surgery tapi takut. senior cakap jirahah ahla. tapi aku x minat sangat belah orang. kebanyakan kes acute. batini chronic. tu sebab patient-doctor relationship lagi mantap di tingkat 10. doktor2 tahu personal profile of every patient. thats what i prefer. for now.

aku bersyukur Allah bagi aku jalan ini. doctor adalah pekerjaan 2nd yg aku reject slepas lawyer.
subhanAllah, aku buat pilihan pas solat istikharah. walaupun dalam hati nekad 'tak mau tick medic'. bangun tidur tick 'perubatan' terus gam sampul. kini aku dah tahun 4 pun. rasa seronok, tapi mmg stressful. tiap2 hari rasa x selamat. muka tebal hari2 bile kene tanye. doktor puji sikit kembang 1 meter pulak. yang penting Allah tu alHakeem, a3lam 3ala anfusikum. apa2 yg Allah tetapkan adalah amanah. yakin dgn janji Allah. title di dunia mungkin doktor, title sebenar masih hamba. tugas di mana2 juga sama, daie di atas bumi. ada yg komen, tiap2 tahun bila dapat junior baru tekankan masalah yg sama. lagi2 itu, lagi2 itu. silibus pun ulang. sampai bila2 pun itu aje. bila nak habis. mana silap kita. mungkin kita lupa. al-Islam bisyumulihi, wa laysa wahid bihududih. kita sibuk tekankan satu masalah, kita lupa tekankan islam secara syumul. tegur 2 org bercouple makan sama2, mereka hanya akan x bercouple bila di depan kita. utamakan fikrah islam, tanamkan kesedaran dari dasar aqidah. kemungkaran akan ditinggalkan dgn lebih rela. sahabat setia patuh dgn hukum Allah hanya bila setelah akidah mereka Rasulullah likatkan. tidakkah lebih cantik, tanamkan fikrah Islam dahulu, tiap kali ahli baru datang. suburkan dgn fikrah Islam, yg lain akan menyusul dengan mudahnya.